Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1031) UTUSAN MALAYSIA 12/11/2013 AMBIL TINDAKAN TEGAS -MTUC-
12 Dec 2013

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kerajaan diminta mengambil tindakan
tegas terhadap majikan yang mengamalkan diskriminasi kaum dalam pengambilan
pekerja seperti mensyaratkan penguasaan bahasa lain selain daripada bahasa
Melayu dan Inggeris.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd.
Khalid Atan berkata, amalan diskriminasi seperti itu seharusnya tidak berlaku
lebih-lebih lagi dalam sebuah negara yang berbilang kaum.
“Kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk
mengawal perkara ini daripada terus berlaku kerana jika dibiarkan boleh
mencetuskan isu perkauman.
“Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan juga ada
menyentuh tentang kesamarataan dan menyebut tidak boleh ada diskriminasi terhadap
warganegara semata-mata atas alasan agama, ras dan keturunan dalam mana-mana
perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan,” katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pertubuhan Sukarelawan Peguam
Malaysia (SukaGuam) yang menerima banyak aduan daripada golongan muda Melayu
yang mendakwa mereka didiskriminasi oleh majikan bukan Melayu.
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anuar Rahmat memberitahu,
aduan yang banyak diterima adalah berkaitan syarat untuk diterima bekerja iaitu
mesti mahir berkomunikasi dalam bahasa Mandarin atau Kantonis.
Mohd. Khalid berkata, majikan bukan Melayu tidak seharusnya
meletakkan syarat tersebut sebagai syarat kelayakan untuk diterima bekerja,
sebaliknya mahir berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris sudah cukup memadai untuk
diambil bekerja.
“Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi manakala bahasa
Inggeris merupakan bahasa kedua, ini sudah cukup untuk diterima bekerja,”
ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kerajaan perlu memandang
serius perkara tersebut dalam konteks memastikan perpaduan dapat dikongsi
secara inklusif, adil dan saksama.

“Perkara itu sudah berlarutan, jelas menunjukkan
majikan berkenaan telah mewujudkan amalan diskriminasi yang melanggar dasar
negara dalam mewujudkan integrasi antara kaum,” katanya.