Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1033) KOSMO 13/12/2013 RACUN DALAM MINYAK KITAR SEMULA
13 Dec 2013

P { margin-bottom: 0.08in; }A:link { }

KUALA LUMPUR – Dua pakar pemakanan menasihatkan orang ramai supaya
tidak menggunakan minyak masak kitar semula lebih daripada tiga kali
kerana dikhuatiri ia telah bertukar menjadi racun akrolein yang boleh
mengakibatkan kanser.
Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa
(IMU), Profesor Dr. Fatimah Arshad berkata, kebiasaannya minyak kitar
semula yang sudah bertukar kehitaman akibat proses oksidasi itu turut
mengandungi karsinogen iaitu zat kimia yang menjadi punca kanser.
“Jika pengguna terdedah dalam tempoh jangka masa panjang
dengan minyak masak yang sudah tercemar itu, risiko untuk mereka
diserang penyakit kanser adalah amat tinggi,”‘ katanya kepada
Kosmo! semalam.
Fatimah berkata, orang ramai seelok-eloknya menggunakan minyak
masak sebanyak tiga kali sahaja untuk menggoreng makanan.