Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1039) HARIAN METRO 19/12/2013 TIP BANTU BEBAS MUFLIS
19 Dec 2013

Kuala Lumpur: Satu siri jelajah bagi menemui individu yang
diisytihar muflis akan diadakan ke seluruh negara untuk memberi penerangan
terperinci berkaitan peluang yang ada untuk bebas daripada status muflis.

Dikelolakan badan bukan kerajaan dikenali Sekretariat Bebas
Muflis, ia dijangka menjadi platform kepada mereka yang terbabit untuk keluar
daripada status berkenaan termasuk golongan muda yang muflis disebabkan
pelbagai faktor.
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jelajah itu
kesinambungan Forum Muflis: Anda Masih Ada Peluang Kedua yang dianjurkan tahun
lalu sekaligus memberikan harapan kepada 240,000 individu yang muflis di negara
ini.
Katanya, penerangan mengenai isu itu akan diberikan di
seluruh negara dan memberikan peluang kepada orang ramai untuk berdialog,
memahami proses kebangkrapan dan menentukan sama ada mereka tergolong dalam
kalangan individu muflis atau tidak.
“Seperti yang ditentukan pada forum tahun lalu, kita akan
turun padang memberikan taklimat serta mengumpulkan maklumat golongan muflis
sebelum dibawa kepada pengetahuan kerajaan khususnya Jabatan Insolvensi
Malaysia (MdI) untuk tindakan.
“Apa yang boleh saya katakan di sini, mereka yang menjadi
penjamin sosial, kemudian muflis berpeluang bebas menerusi usaha sekretariat
yang turut mendapat kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA),” katanya pada
sidang media di sini semalam.
Hadir sama wakil PERDASAMA Datuk Azman Ujang dan aktivis
PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah.
Sohaimi berkata, orang ramai yang ingin mengikuti siri
berkenaan boleh mendaftar di www.bebasmuflis.com bagi membolehkan nama dan
maklumat peribadi lain direkodkan sekretariat.

Siri pertama akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 7
Januari depan diikuti Johor (25 Januari), Melaka (26 Januari), Kelantan (8
Februari), Terengganu (9 Februari), Sabah, (23 Februari), Kedah (8 Mac), Pulau
Pinang (9 Mac), Pahang (23 Mac), Sarawak (6 April), Negeri Sembilan (26 April)
dan Perak 27 April depan.