Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1077) HARIAN METRO 1/1/2014 PAKAT CATU JIKA HARGA AIS NAIK
03 Jan 2014

Headline: Pakat catu jika harga ais naik
Publication: HM
Date of publication: Jan 1, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 056
Kuala Lumpur: Pengguna boleh berpakat dengan mencatukan
penggunaan ais sekiranya terkesan dengan kenaikan harga bahan itu, kata Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (gambar).
Beliau berkata, orang ramai berhak bertindak demikian
bertujuan untuk mempertahankan hak pengguna terutama membabitkan kenaikan harga
barangan pada masa kini.
“Disebabkan ais bukan barangan kawalan, pengusaha
berani menaikkan harga sesuka hati dengan alasan kenaikan tarif elektrik dan
gaji minimum pekerja.
“Sebagai pengguna kita boleh bertindak untuk menyekat
kenaikan itu, salah satunya berpakat untuk tidak membeli ais, akhirnya
pengusaha juga yang akan menerima impak kerana tiada permintaan daripada
pelanggan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Nadzim juga mencadangkan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membentuk satu jawatankuasa bagi
memantau dana menangani kenaikan harga terhadap barangan keperluan.
Nadzim mengulas ura-ura berkenaan kenaikan harga ais yang
dijangka bermula hari ini.
Berdasarkan laporan sebuah portal mengatakan Persatuan
Pengeluar Ais Tiub Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan menaikkan harga
ais sehingga 50 sen satu beg manakala satu bongkah ais pada harga RM2.50.
Sementara itu, persatuan bersama 26 pengilang ais di Lembah
Klang menerusi iklan dalam akhbar bahasa Inggeris menegaskan kenaikan itu tidak
dapat dielakkan akibat peningkatan kos pembuatan dan pengedaran.
Pihak terbabit memberi alasan antara lain langkah itu
disebabkan kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari ini selain pengurangan
subsidi diesel.
Pada masa sama, pihak terbabit mendakwa pengilang terpaksa
menanggung kos tambahan berikutan penguatkuasaan perintah gaji minimum mulai
tahun depan di samping peningkatan harga beg plastik, tayar dan alat ganti.
Isnin lalu, akhbar ini melaporkan KPDNKK mengingatkan
pengeluar ais supaya tidak berpakat menaikkan harga sewenang-wenangnya jika
tidak mahu berdepan tindakan undang-undang termasuk mengikut Akta Suruhanjaya
Persaingan 2010.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata, ini kerana
tindakan berkenaan seolah-olah memperkotak-katikkan hak pengguna.