Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1080) BERITA HARIAN 31/12/2013 PEMANDU TEKSI BERANG
04 Jan 2014

Headline: Pemandu teksi berang
Publication: BH
Date of publication: Dec 31, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 009
Byline / Author: Oleh Muhammad Mustakim Ramli
Kuala Lumpur: Lebih 25,000 pemandu teksi sekitar Lembah
Klang bimbang pendapatan mereka akan terjejas, sekiranya perhimpunan haram yang
dirancang diadakan oleh pihak tertentu di Dataran Merdeka, di sini, malam ini
menjadi kenyataan.
Timbalan Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung
Malaysia (GABUNGAN), Datuk Mohd Alias Abdul, berkata perhimpunan haram yang
diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baharu 2014 itu, pasti
menimbulkan suasana huru-hara dan mengganggu kelancaran aliran trafik.
Katanya, suasana yang tidak terkawal itu akan menyebabkan
pemandu teksi sukar beroperasi di pusat bandar raya, sekali gus menjejaskan
mata pencarian mereka.
Jejas imej negara
“Ia bukan saja menjejaskan pendapatan 25,000 pemandu
teksi yang mewakili 31 persatuan di dalam GABUNGAN, malah turut membabitkan
pemandu teksi persendirian,” katanya selepas membuat laporan polis
berhubung perhimpunan haram itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di
sini, semalam.
Alias berkata, perhimpunan haram itu yang diadakan serentak
dengan kedatangan Tahun Melawat Malaysia 2014, juga boleh menjejaskan imej
negara di mata pelancong asing.
“Tindakan mereka (peserta perhimpunan) pastinya
menjejaskan imej negara. Kita sayangkan negara kita, kita mahukan keamanan dan
menentang tindakan ganas seperti itu,” katanya.
Sementara itu, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Mohd Mustafa Hamzah, berkata sejarah perhimpunan haram yang dilakukan
oleh kumpulan yang sama menunjukkan ia tidak pernah berakhir dengan aman.

Katanya, pelbagai kekecohan berlaku setiap kali perhimpunan
haram berlangsung dan pihak yang paling teruk terjejas adalah masyarakat
peniaga kecil yang beroperasi di sekitar lokasi perhimpunan diadakan