Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1089) HARIAN METRO 8/1/2014 MAHU FIKIR DULU
08 Jan 2014

Kuala Lumpur: “Selepas melihat kelayakannya, saya berbesar
hati mahu Kamalru bekerja dengan kami (PPIM) dan menguruskan bahagian kajian
perubatan tradisional.
“Ia sesuai dengan kebolehan pelajar cemerlang ini kerana dia
tamat dengan kepujian dalam jurusan Ijazah Teknologi Sains Perubatan Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Menurut Nadzim, PPIM kini amat memerlukan kepakaran dalam
kajian terhadap perubatan tradisional yang semakin pupus di telan zaman. Dalam
masa sama, pelajar bijak kelainan upaya (OKU), Kamalru Azman Daud dapat menimba
pengalaman dan mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakannya.
“Saya tidak menafikan perubatan tradisional orang kita
kebanyakannya boleh mengubati sesetengah penyakit. Bagaimanapun, resipi
terbabit semakin pupus dan semakin hilang. Sebab itu saya amat memerlukan
kepakaran bagi menjalankan kajian terhadap perubatan seperti ini.
“Jika Kamalru mahu bersama kami, dia boleh menguruskan
bahagian ini.. Dalam masa sama, dia boleh mengkaji dan mendokumenkan mengenai
perubatan tradisional dan petua-petua mengenai perubatan ini untuk kegunaan
anak-anak kita pada masa akan datang.
“Ini antara yang dapat kami bantu bagi mengurangkan beban
Kamalru dan keluarganya. Namun, semuanya terpulang kepada dia sendiri. Saya
sudah berbincang dengannya dan dia ingin berfikir terlebih dahulu. Insya-Allah,
rezeki pelajar bijak sepertinya ada di mana-mana,” katanya.
Menurut Kamalru pula, tawaran pekerjaan daripada PPIM amat
dihargainya bagaimanapun dia ia perlu difikirkan semula.
“Tawaran daripada Datuk Nadzim cukup baik. Tetapi saya sedar
diri saya siapa.. Malah tanpa sebarang pengalaman kerja, saya takut akan
mengecewakannya. Saya rasa lebih baik saya kumpul pengalaman terlebih dahulu
sebelum bersama PPIM,” katanya.