Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1094) RAKYAT NEWS 7/1/2014 JAIS IKUT UNDANG-UNDANG RAMPAS BIBLE BAHASA MELAYU
09 Jan 2014

KUALA LUMPUR 7 Jun 2014 – Tindakan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah kerana telah
melakukan kesalahan jenayah di bawah Mahkamah Sivil.
Bekas Timbalan Perkasa Datuk Zulkifli Nordin berkata,
penerbitan kitab injil berbahasa Melayu dan Iban telah melanggar Seksyen 9,
iaitu disyaki mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya
termasuk kalimah Allah.
“Tindakan JAIS adalah dalam menguatkuasakan peruntukan
undang-undang jenayah iaitu Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama
Bukan Islam 1988 yang berkuatkuasa di negeri Selangor.
“Ini adalah satu kesalahan jenayah yang jika cukup
bukti boleh dikenakan pertuduhan jenayah di Mahkamah Jenayah Sivil,”
katanya kepada pemberita di Pertubuhan Masyarakat Sejahtera Malaysia
(Muafakat), Taman Melawati hari ini.
Hadir sama dalam sidang media tersebut beberapa lagi NGO
Islam termasuk Jalur Tiga dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Jelas Zulkifli, 10 perkara mengenai Kristian hanyalah sebuah
polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan.
Ujarnya, sesebuah polisi tidak boleh membelakangi mana-mana
undang-undang di dalam negara.
“Penyelesaian 10 perkara tersebut hanyalah sebuah
polisi, ianya tidak boleh membelakangi sebuah undang-undang.
“10 perkara itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan
dan pengimportan Injil versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini. Ia langsung
tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah.”
katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarang akhbar The Herald, Paderi
Lawrence Andrew menerusi kenyataannya berkata gereja Katolik di Selangor akan
terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan
Bahasa Melayu walaupun JAIS telah menghantar notis peringatan mengenai larangan
penggunaan kalimah itu oleh orang bukan Islam.