Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1135) UTUSAN MALAYSIA 27/1/2014 CADANGAN BERI SISTEM SOLAR KEPADA RAKYAT DISAMBUT BAIK
04 Feb 2014

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Saranan Ahli Parlimen Johor Bahru,
Tan Sri Shahrir Abdul Samad supaya sistem solar diberikan kepada rakyat
disifatkan amat baik kerana membolehkan lebih ramai rakyat melibatkan diri dalam
penjanaan ekonomi setempat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan berkata, dengan adanya skim seperti Solar Rakyat 1Malaysia
(SR1M), rakyat biasa mampu memiliki sistem solar kerana harga teknologi dari
Eropah itu amat mahal.
“Saya amat bersetuju dengan
cadangan Ahli Parlimen Johor Bahru itu. Namun kerajaan juga perlu melihat dari
sudut untuk mewujudkan pembekal elektrik kedua, selain Tenaga Nasional Berhad
(TNB) supaya ada persaingan.
“Kerajaan juga boleh mencari
alternatif teknologi solar dari China sekiranya teknologi dari Eropah
mahal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kata aluannya semasa perasmian Pejabat UMNO Bahagian
Johor Bahru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Shahrir
mencadangkan peruntukan Feed-in Tariff (FIT) diberikan kepada rakyat setempat
agar program tersebut boleh dimanfaat oleh orang ramai.
Beliau berkata, premis yang dipasang sistem solar boleh
menjana pendapatan berterusan selama 20 tahun iaitu tempoh sistem solar
bertahan, menerusi penjualan tenaga berlebihan kepada TNB.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan
Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran merasakan cadangan tersebut tidak
sesuai dilaksanakan kerana harga panel solar yang amat mahal disebabkan proses
pencatutan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Di samping itu katanya, apabila tamat tempoh, panel solar
menjadi sisa terjadual dan perlu diuruskan mengikut prosedur tertentu yang
melibatkan kos yang tinggi kerana mengandungi bahan radioaktif.