Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1141) HARIAN METRO 7/2/2014 MANA RM3 JUTA?
07 Feb 2014

Headline: Mana RM3j?
Publication: HM
Date of publication: Feb 7, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 045
Byline / Author: Oleh Rizanizam Abdul Hamid
Kuala Lumpur: Seorang kontraktor kelas A menuntut Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) membayar ganti rugi bernilai RM3 juta seperti yang
diputuskan mahkamah.
Fadzilah Abdul Hamid mendakwa walaupun kes berkenaan sudah
berlarutan 10 tahun, syarikatnya Menara Biru Sdn Bhd masih belum menerima
bayaran berkenaan.
Menurutnya, isu berkenaan timbul selepas syarikatnya sebelum
ini gagal mendapatkan bayaran penuh RM3 juta projek pembinaan 10 unit banglo
untuk pegawai MBSA di Seksyen 8, Shah Alam yang dimulakan pada 2001 sebelum
projek disiapkan pada akhir tahun 2002.
“Kali pertama kes ini dibawa ke mahkamah pada 2004 dan
MBSA kalah, malah apabila dibawa ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan pun keputusannya masih memihak kepada saya, namun pihak
berkuasa tempatan itu masih enggan mematuhi arahan membayar ganti rugi itu.
“Kini selepas 10 tahun, kes ini masih tidak dapat
diselesaikan sehinggalah pada tahun ini, Mahkamah Rayuan memutuskan
keputusannya kekal, tetapi syarikat saya perlu mentafsir jumlah besar baru yang
perlu dibayar oleh MBSA merangkumi keseluruhan kerugian yang dialami.
“Sebelum ini pun jumlah asal RM3 juta sudah meningkat
kepada RM6.5 juta setakat tahun lalu dan keengganan MBSA membayarnya dengan
cara memanjangkan perbicaraan kes ini mungkin akan menyebabkan peningkatan
pelbagai kos sehingga RM20 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di
pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan
Pengerusi Gerakan Pengguna Selangor Datuk Dr Jacob George.

Menurut Fadzilah, berikutan daripada kes berkenaan, nama
syarikatnya terjejas apabila disenarai hitam sehingga kini selain trauma
sehingga menyebabkan hubungannya dengan keluarga turut dilanda masalah.