Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1153) RAKYAT NEWS 13/2/2014 PPIM SYOR KERAJAAN TUBUH SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU
13 Feb 2014

KUALA LUMPUR 12 Feb – Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) mencadangkan pihak kerajaan menubuhkan sekolah vernakular Melayu sebagai
salah satu langkah memperluaskan lagi sistem persekolahan ini kepada semua kaum
di negara ini.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata,
ianya amat penting dalam membangunkan semula adat dan adab budaya Melayu untuk
generasi akan datang.
“Pada masa ini, orang Melayu hilang budaya Melayu jadi
dalam (sekolah) ini juga mesti terasnya mesti diajar mengenai budaya Melayu
seperti contoh mengajar untuk bercakap dengan orang ternamaan, Raja dan
sebagainya.
“Wajib diwujudkan satu sekolah Melayu untuk diajar
tulisan dan budaya Melayu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang
media di sini hari ini.
Turut hadir termasuk Ketua Aktivis Datuk Nadzim Johan dan
beberapa pimpinan lain.
Beliau turut melahirkan rasa kekesalan apabila tulisan jawi
dan arab yang digunakan pada masa dahulu hilang ditelan zaman.
Katanya, Malaysia seharusnya menjadi semua negara contoh
dalam membuka ruang kepada masyarakat majmuk untuk memperjuangkan bangsa
masing-masing.
“Saya percaya bahawa Malaysia adalah satu negara yang
sangat unik apabila semua orang memperjuangkan kaum dia sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian merujuk gesaan PPIM kepada pihak
Kerajaan agar memperluaskan kewujudan sekolah vernakular kepada kaum-kaum lain
bagi menambahbaik sistem pembelajaran dan perpaduan untuk generasi akan datang.

Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 memutuskan untuk mengekalkan sistem sekolah vernakular iaitu
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
sebagai salah satu langkah memartabatkan pendidikan negara