Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1160) HARIAN METRO 13/2/2014 HASIL DALAM 3 BULAN
14 Feb 2014

Headline: Hasil dalam 3 bulan
Publication: HM
Date of publication: Feb 13, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 032
Byline / Author: Oleh Ikram Ismail
Kuala Lumpur: Kempen kepenggunaan yang dilancarkan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDPNKK)
bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan mendidik pengguna dijangka
diketahui tahap keberkesanannya dalam masa tiga bulan.
Ketua Setiausaha Kementeriannya Datuk Seri Alias Ahmad
berkata, kempen itu diharap dapat mengubah pengguna menjadi pengguna yang bijak.
“Pelan jangka pendek yang diumumkan Menteri Datuk Seri
Hasan Malek itu bermatlamat memberi kesedaran kepada pengguna.
“Semua 353 program yang bakal dilakukan dalam tempoh
tiga bulan bersama NGO akan mengubah persepsi pengguna agar tahu hak
mereka,”katanya ketika di hubungi.
Alias berkata, apabila tempoh tiga bulan tamat, kementerian
akan meneliti tahap keberkesanan kempen berkenaan.
“Kemudian pembentangan terhadap tahap keberkesanan akan
dibentang oleh NGO yang terbabit kepada kementerian.
“Selepas itu kita akan melancarkan lagi program-program
lain yang sesuai,”katanya.
Pada Isnin lalu, Hasan telah melancarkan kempen berkenaan
yang memperuntukkan RM3.5 juta sebagai sebahagian rancangan jangka pendek di
bawah pelan lima tahun Tindakan Pemerkasaan Pendidikan Pengguna (2014-2019)
Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) Persatuan Suri,Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
(Puspanitapuri), serta Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Kebangsaan (GPMS).
Sementara itu, ditanya berhubung program Makmal Mengenai Kos
Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Alias
berkata, KPDNKK adalah salah satu agensi yang terbabit.
“Setakat ini, antara perkara yang sudah dibincang di
dalam makmal ialah indeks harga pengguna, subsidi dikaji semula dan sebagainya.

“Bagaimanapun banyak lagi insentif lain yang perlu
dibincangkan secara mendalam bersama agensi lain yang terlibat sebelum sebarang
keputusan dibuat,” katanya