Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1161) HARIAN METRO 13/2/2014 INI TIDAK ADIL
14 Feb 2014

Headline: ‘Ini tidak adil’
Publication: HM
Date of publication: Feb 13, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 039
Byline / Author: Oleh Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: “Jika yang dimaksudkan itu ialah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), saya anggap ia adalah fitnah yang
nyata. Di peringkat persatuan kita sudah bincang dan kesal dengan beberapa
kenyataannya yang mengaitkan kami dengan tawaran menampar Ahli Parlimen Seputeh
Teresa Kok,” kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman.
Pada satu sidang media semalam, beliau menafikan pihaknya
menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang menampar wakil rakyat itu berikutan
penghasilan video klip yang mencetuskan kontroversi seperti dinyatakan Ahli
Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam laman sosial.
Katanya, dalam demonstrasi menyatakan kecaman kepada Teresa
6 Februari lalu, PPIM bersama badan bukan kerajaan (NGO) lain bagi menyatakan
pendirian berhubung isu itu, namun bukannya menjadi satu-satunya pihak yang
membuat tawaran itu.
“Memang seorang daripada aktivis kita menjadi jurucakap
pada hari itu, tetapi, dia bukannya mewakili PPIM, sebaliknya gabungan NGO lain
yang turut serta. Jadi tidak adil untuk mengatakan PPIM menawarkan ganjaran
itu.
“Dia juga kata PPIM tidak Islamik dan tidak mewakili
komuniti Islam, jadi apakah usaha membela pengguna Islam selama ini yang kita
lakukan tidak mencerminkan Islam? Saya tidak tahu bagaimana dia boleh berkata
begitu, seolah-olah sangat bencikan PPIM,” katanya pada sidang media itu
di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Dr Maamor berkata, Zuraida juga di dalam kenyataan itu
mendakwa NGO yang ada ketika ini banyak menyalahgunakan Islam untuk tujuan
tertentu sedangkan selama ini banyak isu diketengahkan gabungan itu mendapat
perhatian pihak berwajib.
Dalam satu kenyataan di laman sosial pada 7 Januari lalu,
Zuraida dilapor sebagai berkata, tindakan PPIM membuat tawaran RM1,200 kepada
sesiapa yang menampar Ahli Parlimen itu tidak Islamik serta menyuburkan
kebencian dalam kalangan rakyat.
“Sebagai wakil rakyat, dia sepatutnya rujuk fakta
sebenar dan boleh dapatkan penjelasan terlebih dulu sebelum bercakap. Kita ada
ramai ahli dan ini mungkin boleh mengelirukan masyarakat sedangkan PPIM turut
sama dalam perhimpunan itu.

“Dia sebut PPIM yang tawarkan, seolah-olah hanya PPIM
saja sedangkan ia daripada gabungan NGO. Kita kesal, namun tidak akan membawa
perkara ini ke mahkamah,” katanya.