Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1165) UTUSAN MALAYSIA 20/2/2014 RAMAI LELAKI ISLAM PAKAI BATIK SUTERA YANG HARAM
21 Feb 2014

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Golongan lelaki Islam diingatkan
supaya lebih berwaspada ketika membeli kain batik sutera kerana kira-kira 90
peratus kain batik jenis itu di pasaran diperbuat daripada batik sutera asli
yang haram dipakai di sisi agama Islam.
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh
Abdul Kareem S. Khadaied berkata, ia kerana kain batik yang diperbuat daripada
100 peratus kain sutera adalah haram dipakai oleh lelaki Islam berdasarkan
kepada hadis Rasullullah SAW.
Katanya, ramai lelaki Islam masih beranggapan mereka tidak
memakai kain batik diperbuat daripada kain sutera asli disebabkan harga yang
dibeli di pasaran adalah murah.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi mendedahkan
perkara tersebut di Kondominium Vila Puteri di sini hari ini.

Sheikh Abdul Kareem yang juga merupakan Ahli Majlis Batik
Antarabangsa berkata, terdapat tiga jenis kain sutera asli berkod 14366, 14101,
12102 yang banyak dipakai lelaki Islam di negara ini adalah haram kerana
diperbuat daripada 100 peratus sutera. – UTUSAN ONLINE