Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1167) BERNAMA 21/2/2014 PENGUSAHA BATIK MALAYSIA DIGESA LABEL KANDUNGAN BATIK BAGI TENTU KETULINAN
21 Feb 2014

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Pengusaha batik Malaysia
digesa melabelkan kandungan kain batik sutera mereka untuk menentukan
ketulenannya bagi membolehkan lelaki Islam memakai pakaian yang diperbuat
daripada kain itu, kata aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Syeikh
Abd Kareem S Khadaied.
Katanya hasil kajian PPIM mendapati hampir 90 peratus
pasaran batik sutera di Malaysia diperbuat daripada sutera tulen dan kaum
lelaki Islam diharamkan memakai sutera tulen.
“Menurut hadis sahih, batik sutera tulen lelaki tak
boleh dipakai sebab dari sisi agama Islam juga haram hukumnya,” katanya
kepada pemberita di pejabat PPIM di Villa Puteri Condominium dekat sini,
Khamis.
Beliau berkata aduan berhubung pemakaian sutera tulen oleh
lelaki Islam telah dibuat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 1997 dan
dibincangkan semenjak tahun 2009 namun belum diwartakan.
Syeikh Abd Kareem berkata Perbadanan Kraftangan Malaysia
harus mencari fabrik alternatif seperti campuran kain misalnya kapas dan linen
bagi menggantikan sutera tulen.
Katanya industri batik sutera harus memajukan dua bahan
tersebut iaitu linen dan kapas supaya kaum lelaki boleh memakainya