Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1168) HARIAN METRO 21/2/2014 PPIM GESA HENTI PAKAI BATIK SUTERA
21 Feb 2014

Headline: PPIM gesa henti pakai batik sutera
Publication: HM
Date of publication: Feb 21, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 017
Kuala Lumpur: Cetek ilmu agama menyebabkan kebanyakan lelaki
Melayu Islam di negara ini terus memakai batik sutera tulen walaupun menyedari
pemakaian itu salah di sisi agama Islam.
Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hampir 90
peratus batik sutera yang dipakai oleh lelaki Malaysia adalah batik yang
diperbuat daripada sutera tulen.
Aktivis PPIM Sheikh Abd Kareem S Khadaeid berkata haram bagi
seseorang lelaki itu untuk memakai pakaian batik yang diperbuat daripada
sutera.
Beliau lebih 30 tahun berkecimpung dalam industri tekstil
berkata terdapat tiga kod kain sutera asli yang dijual pasaran menjadi tumpuan
peminat batik iaitu kod 14366; 14101 dan 12102.
Selain jenis kain itu, antara kain yang menggunakan sutera
asli adalah silk jaquad; wanshou brocade; silk strip jacquard, dan silk check
jacquard.
“Saya menggesa lelaki Islam supaya sedaya upaya
mengelak daripada memilih pakaian yang diperbuat daripada sutera kerana sudah
jelas hukumnya.

“Lagipun kita tidak perlu untuk mewujudkan fatwa bagi
pengharaman pemakaian sutera oleh lelaki kerana ia sudah jelas berdasarkan
hadis sahih Nabi Muhammad menjelaskan pemakaian sutera bagi lelaki adalah
haram,” katanya.