Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM tubuh KAGUM elak pengguna ditipu jual beli rumah – Malaysia Gazette – 19/5/2017
19 May 2017

KUALA LUMPUR – Berikutan jumlah kes penipuan urusan jual beli rumah dan pelaburan yang terlalu tinggi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan Biro Undang-Undang, Kaunseling dan Guaman (KAGUM)  bagi membela mereka yang menjadi mangsa.

Bagi tujuan itu, PPIM bekerjasama dengan dengan Malaysia Humanitarian Organization (MHO).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata,  penubuhan KAGUM adalah lebih kepada konsep dimana pencegahan lebih baik sebelum berlaku masalah dimana pengguna boleh mendapatkan khidmat guaman sebelum menandatangani sebarang perjanjian tertentu.

“Hari ini undang-undang telah menjadi satu perkakasan untuk menipu. Kebanyakan perjanjian tidak adil kepada pelanggan. Nampak macam real tetapi perjanjian tersebut berat sebelah,” ujarnya dalam sidang media hari ini.

Nadzim memberitahu, pihaknya telah menerima hampir 10 kes setiap hari dimana pengguna paling tinggi ditipu dalam kes pelaburan diikuti perjanjian jual beli rumah sehingga menyebabkan mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Hishamuddin Hashim yakin dengan penubuhan KAGUM ia dapat menjamin hak-hak pengguna selain mengambil langkah awal daripada ditipu.

“Penipuan menggunakan instrumen undang-undang ini banyak meyakinkan pengguna sedangkan mereka ditipu sehingga menyebabkan mereka hilang aset termasuk rumah sedangkan jumlah perjanjian sekadar RM20,000.

“Untuk elak pengguna mengalami kerugian. Biar KAGUM membantu mengkaji perjanjian tersebut dengan menyediakan perkhidmatan semakan perjanjian dan sebagainya,” katanya.

Di bawah KAGUM, ada 25 peguam profesional dan 100 peguam sambilan diletakkan di bawah Biro Undang-Undang PPIM.

Perkhidmatan tersebut terbuka kepada semua pengguna di negara ini termasuk warganegara luar yang memerlukan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian hotline Biro Undang-Undang PPIM ditalian 011-11181000 atau email ke ppimlegal@gmail.com. – MalaysiaGazette.

20170519 - MalaysiaGazette - PPIM tubuh KAGUM elak pengguna ditipu jual beli rumah