Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1826) Utusan – 27/03/2014 – CSA tidak boleh lepas tangan
27 Mar 2014

KUALA LUMPUR 26 Mac – Syarikat penerbangan China Southern Airlines (CSA) tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dalam berdepan dengan insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Sebagai rakan perniagaan, CSA sepatutnya bersama-sama dengan MAS menghadapi situasi sukar dan bukan membiarkan syarikat penerbangan negara itu terus dipersalahkan atas insiden yang berlaku.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr. Jacob George (gambar), sikap lepas tangan yang ditunjukkan oleh CSA adalah tidak wajar dan bersifat mementingkan diri.
“Ketika ini, semua pihak khususnya keluarga penumpang di Beijing seolah-olah menyalahkan Malaysia atas insiden yang menimpa MH370, biarpun negara sudah bertungkus-lumus melakukan yang terbaik bagi mencari dan menyelamat pesawat malang itu.
“CSA sepatutnya memberi sokongan kepada MAS, namun sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh syarikat penerbangan itu amat mendukacitakan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
CSA dan MAS menjalin kerjasama melalui perkongsian kod operasi dari Beijing ke Kuala Lumpur sejak Mac 2012.
Bagaimanapun, MAS telah menukar kod laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing daripada MH370 dan MH371 kepada MH318 dan MH319 pada 14 Mac lalu sebagai tanda menghormati penumpang dan anak kapal MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu sebelum disahkan penerbangan pesawat itu berakhir di Selatan Lautan Hindi pada Isnin lalu.

Berita selanjutnya :
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140327/dn_17/CSA-tidak-boleh–lepas-tangan