Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1905) NIB 16/5/2014 HARIAN METRO – PPIM TERIMA 15 ADUAN
16 May 2014

Headline: PPIM terima 15 aduan
Publication: HM
Date of publication: May 16, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 004
Kuala Lumpur: “Kami akan merujuk kes penipuan koyak dan menang (yang dialami Baharom dan Aminah) ini aterus kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Menurutnya, tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan tindakan proaktif diambil untuk membanteras gejala itu yang seperti tiada kesudahan.

“Jika bertahun dulu kita terima aduan membabitkan penuntut kolej dan institusi pengajian tinggi, kini mereka ini beralih kepada warga emas dan yang paling kita kesalkan mereka menggunakan Islam sebagai umpan menjerat mangsa,” katanya.

Beliau berkata, setakat April tahun ini, pihaknya menerima 15 aduan berkaitan kes koyak dan menang membabitkan warga emas di sekitar Lembah Klang dan PPIM menggesa tindakan tegas diambil segera bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.