Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1921) SIDANG MEDIA 27/5/2014 – CADBURY PERLU DIHUKUM PENGGUNA
27 May 2014

27/05/2014- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru media dan semua
pengguna memboikot produk Cadbury dan produk-produk yang tidak halal dalam sidang
media yang diadakan di pejabat PPIM sini.

Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan
dan bersama
beberapa NGO Islam lain menyarankan agar pengguna islam untuk memboikot kesemua
produk Cadbury. Datuk Nadzim mengatakan bahawa kita perlu memboikot kesemua
produk bukan hanya 2 produk mereka sahaja. Selain itu bantahan ini hendaklah
dibuat denganbersungguh-sungguh dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Datuk Nadzim dan NGO Islam yang hadir ingin pengguna
menghantar pesanan tegas  kepada
pengeluar-pengeluar makanan supaya mereka tidak mengambil mudah tentang hak
pengguna. Sudah tiba masanya bagi pengguna Islam untuk berubah dan menegakkan
hak mereka sebagai pengguna islam. Dengan kuasa yang kita ada, kita mampu
menutup kilang tersebut tanpa perlu berperang. Kerana kuasa pengguna terletak
ditangan pengguna itu sendiri
PPIM dan NGO lain menegaskan agar Jakim seharusnya membuat persampelan
secara rawak kepada setiap produk keluaran bukan sahaja pengeluar bukan Islam tetapi
juga pengeluar Islam yang memiliki sijil halal. Ini adalah untuk memastikan hak
pengguna orang islam. Mereka hendaklah kerap membuat pemeriksaan terhadap
kilang-kilang disini. Kesempatan itu juga diambil untuk menyuarakah agar pihak
JAKIM, Kementerian Kesihatan dan KPDNKK untuk membuat pantauan yang lebih dan
selain dari mereka pengguna juga hendaklah menjadi pemantau atau mata kepada
pihak ini.
Kerajaan Malaysia telah memberi mandat kepada JAKIM untuk
menguruskan produk-produk halal yang ada di Malaysia. JAKIM mempunyai
garispanduan yang lengkap kepada pengusaha dan pengeluar produk tetapi
kurangnya pelaksanaan kerana tidak wujudnya Akta Halal yang akan menjadi
panduan dalam rang undang-undang Malaysia.Dengan wujudnya  Akta Halal berserta penguatkuasaan yang mantap,
produk-produk makanan dan hak pengguna dapat dilindungi
“ Dah tiba masanya pengguna menggunakan kuasanya bersunguh-sungguh,
biar mereka gerun dengan kita” kata Datuk Nadzim kepada media.  Ini bermaksud agar pengguna islam bersatu dan
kuasa yang ada pada pengguna dapat menyedarkan pengeluar-pengeluar produk agar
tidak mengambil kesempatan terhadap kita.