Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1934) NIB 27/05/2014 BERITA HARIAN – SUKAGUAM TAWAR KHIDMAT SAMAN PENGELUAR
27 May 2014

Headline: SukaGuam tawar khidmat saman pengeluar
Publication: BH
Date of publication: May 26, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 005

Kuala Lumpur: Umat Islam di Malaysia yang berhasrat memfailkan saman terhadap pengeluar coklat susu Cadbury Dairy Milk yang disahkan mengandungi DNA babi, boleh mendapatkan bantuan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Sambil menegaskan pengguna ada hak dan asas kukuh untuk mengambil tindakan berkenaan, Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata pihaknya juga banyak menerima aduan umat Islam di Malaysia, sama ada secara individu atau berkumpulan yang berasa tertipu dan teraniaya kerana sudah membeli dan termakan produk berkenaan.

Kerjasama PPIM

Berikutan itu katanya, SukaGuam akan bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi mengumpul seramai mungkin umat Islam yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan.

“Syarikat terbabit menggunakan DNA babi dalam coklat susu yang sudah disahkan dan punya sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Tindakan sama sebagai pengajaran kerana ramai umat Islam berasa mual, tertipu dan trauma selepas tahu makanan yang dibeli dan dimakan mereka selama ini mengandungi DNA babi,” katanya semalam.

Siasat percanggahan maklumat

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin menggesa siasatan terperinci dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan JAKIM berhubung isu berkenaan kerana ada percanggahan keterangan maklumat terhadap analisis yang dikeluarkan seperti kekeliruan ejaan nama produk.

Katanya, keraguan itu ditambah lagi apabila tiada Skim Akreditasi SAMM yang dikendalikan oleh Jabatan Standard Malaysia seperti disebarkan dalam laman sosial, sekali gus mengundang tanda tanya mengenai ketepatan dan kesahihan analisis terbabit.

“Justeru, saya cadangkan kementerian dan agensi berkaitan buat ujian kali kedua dalam masa terdekat dan disahkan oleh pihak ketiga untuk memastikan sampel benar-benar tercemar dengan DNA babi bagi meredakan keresahan masyarakat.

“Jika ujian kedua menghasilkan keputusan sama, kerajaan perlu ambil tindakan drastik dan tegas, haramkan semua produk syarikat terbabit dan tarik balik lesen perniagaan mereka kerana melanggar akta makanan,” katanya yang turut menggesa JAKIM membuat pemantauan susulan dengan lebih kerap supaya pengeluar tidak leka.