Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1947) SINAR – Jakim terlalu berlembut
28 May 2014

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilihat terlalu berlembut dalam isu penguatkuasaan halal di negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sikap yang ditunjukkan Jakim menyebabkan syarikat pengeluar berani menipu umat Islam di negara ini.

Menurutnya, produk keluaran Cadbury yang mengandungi DNA babi dan dijual kepada umum seharusnya tidak berlaku kerana syarikat tersebut mendapat pengesahan halal daripada Jakim.

“Syarikat Cadbury mempunyai kilang yang besar, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul dan mempunyai sijil halal. Tetapi perkara sebegini tetap berlaku.

“Kita tidak mahu Jakim sekadar memberi amaran tanpa ada sebarang tindakan tegas dan kemudiannya memberikan kembali sijil halal kepada syarikat tersebut,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.