Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2023) Pengguna jalan raya.
20 Jun 2014

Pengguna jalan raya.
Bertolak ansur adalah salah satu nilai yang diterapkan oleh
Islam dalam kehidupan manusia. Konsep ini boleh boleh dijadikan amalan dalam
kehidupan harian jika benar-benar kita menghayatinya. Contohnya ketika berada
di jalan raya. Samada kita sebagai pemandu kenderaan, pembonceng motosikal dan
pejalan kaki, semuanya mempunyai hak masing-masing dan kesemuanya menuntut agar
mereka dihormati di jalan raya.
Malangnya dalam kehidupan masyarakat mereka hanya menuntut
sikap dihormati tetapi meraka tidak memberi hormat kepada orang
disekeliling.  Sikap tamak dan pentingkan
diri sendiri menjadikan keadaan lalu lintas menjadi sesak. Sebagai contoh,  pemandu yang tidak memberi ruang kepada
kenderaan lain untuk masuk ke simpang. Jika pemandu itu mempunyai sifat tolak
ansur, ia mampu mengurangkan sedikit sebanyak kesesakan lalu lintas.
Selain itu sifat pentingkan diri sendiri ini terserlah
apabila pemandu yang tidak behemah ini memotong giliran dengan menggunakan
jalan kecemasan untuk berada dihadapan semasa di lampu isyarat. Sikap ini menyebabkan
pemandu lain berasa marah.  Bukan itu
sahaja, sikap itu mampu membunuh orang yang berada dalam kecemasan jika laluan
tersebut digunakan untuk tujuan yang salah. Diingatkan di sini laluan kecemasan
adalah untuk kecemasan sahaja  yang
kebiasaannya digunakan oleh ambulans dan pihak bekuasa.
Pemandu hendaklah memberi sedikit ruang kepada penunggang
motosikal. Sesetengah penunggang motosikal, mereka menunggang motosikal dengan
cara yang berbahaya. Dengan menyelit ke kiri dan ke kanan, penunggang motosikal
mendapat risiko kecederaan yang tinggi. Menjaga jarak antara kenderaan adalah
salah satu solusi bagi mengelakkan situasi seperti dinyatakan tadi. Selain itu,
penunggang motosikal perlu menggunakan laluan yang telah disediakan dari
menggunakan laluan kenderaan berat. Penunggang motosikal hendaklah sedar akan
peratus kemalangan yang mereka akan hadapi adalah sangat bahaya. Oleh itu sayangilah
nyawa anda.

Masyarakat Malaysia terkenal dengan sifat lemah lembut dan
beradap. Biarlah manusia mengenali Malaysia dengan sifat seperti itu dan bukan
dengan sifat yang mampu merendahkan martabat masyarakat Malaysia sendiri. Oleh itu,
jagalah adab kita didijalan raya. Bukan sekadar dijalan raya, dimana jua kita
berada. Kerana diri merupakan imej kepada Negara.