Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2047) HARIAN METRO 11/07/2014 – Henti guna ubat beracun
11 Jul 2014

Headline: Henti guna ubat beracun
Publication: HM
Date of publication: Jul 11, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 006

Majun Burung Unta Putrajaya: Orang ramai yang mengambil ubat tradisional Melayu dikenali MajunBurung Unta diminta segera menghentikan pengambilan kerana ia disahkan mengandungi racun berbahaya iaitu dexamethasone.

Perkara itu disahkan Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan selepas kajian lanjut mendapati bahan beracun itu memberi kesan menakutkan iaitu peningkatan berat badan dan paras gula dalam darah.

Malah, lebih teruk kajian turut mendedahkan kesan pengambilan ubat itu boleh menjurus pengguna kepada ‘sindrom cushing’ apabila bahagian muka membulat dan bahagian atas badan membesar manakala, lengan dan kaki pula mengecil.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengingatkan dan menasihatkan orang awam tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar berkenaan selepas menerima laporan kajian daripada BPFK.

Beliau berkata, dexamethasone ialah sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 malah, ia kini digunakan bagi rawatan masalah pembengkakan dan radang serius.

“Bahan itu hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor sahaja dan ia tidak dibenarkan bagi kegunaan sebagai ramuan ubat tradisional.

“Namun, label pada produk berkenaan menyatakan sebaliknya apabila ia dikatakan boleh digunakan untuk lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, sengugut dan istimewa bagi perempuan (awet muda),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.