Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2063) UTUSAN – Panel bebas dilantik jamin produk halal – PPIM
24 Jul 2014

Panel bebas dilantik jamin produk halal.

SHAH ALAM 23 Julai – Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) akan melantik panel bebas yang mempunyai pengalaman luas dan berlatarbelakangkan syariah dalam usaha memperkuatkan keyakinan pengguna tentang status halal produk keluaran syarikat tersebut.
Ketua Unit Hal Ehwal Korporatnya, Raja Zalina Raja Safran berkata, mereka kini sedang berbincang dan akan menemui pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mendapatkan nasihat bagi memilih calon yang layak.
Katanya, dengan pelantikan panel bebas yang bukan daripada agensi kerajaan itu diyakini akan dapat memastikan produk keluaran mereka sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan dijamin halal sekali gus menguatkan lagi keyakinan pengguna.
“Pelantikan ini juga adalah sebahagian daripada usaha untuk memperbetulkan keraguan pengguna berhubung status halal produk Cadbury ekoran penemuan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) pada akhir Mei lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membawa empat panel bebas iaitu Penasihat Majlis Agama Islam Johor yang juga bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot; Presiden Kesatuan Ilmuwan Islam, Dr. Zaharuddin Abd Rahman; pendakwah bebas yang juga bekas Pegawai Agama Istana Sultan Terengganu, Mohd. Shukri Ali dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman untuk memeriksa dan menilai sendiri proses pembuatan coklat Cadbury di kilang mereka di Seksyen 16 di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140724/dn_33/Panel-bebas-dilantik-jamin-produk-halal#ixzz38MDoQLe0
© Utusan Melayu (M) Bhd