Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2067) PPIM 24/07/2014 – Majlis Berbuka Puasa Bersama Sukarelawan PPIM
24 Jul 2014


Majlis Berbuka Puasa Bersama Sukarelawan PPIM

23/7/2014 – Petang semalam telah diadakan majlis berbuka
puasa bersama sukarelawan PPIM di pusat aktiviti PPIM berhampiran PWTC di sini.
Hampir 60 orang sukarelawan PPIM telah menjayakan majlis tersebut
yang juga dihadiri sendiri oleh Ketua Aktivis PPIM iaitu Y Bhg. Datuk Nadzim
Johan.
Di majlis tersebut, Encik Mohamad Yusuf Azmi, seorang aktivis
PPIM, telah mengambil kesempatan memberi serba sedikit informasi mengenai
perjuangan PPIM kepada sukarelawan yang baru.
Majlis seperti ini pastinya dapat mengeratkan lagi ikatan yang
terjalin antara sukarelawan.