Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2118) ARKIB BERITA PPIM- 27/8/2014 HARIAN METRO – Himpun 20,000
18 Oct 2014

Himpun 20,000

Kekejaman tentera Zionis terhadap rakyat Palestin terus mendapat
tentangan hebat daripada masyarakat di negara ini dan terbaru, satu
Himpunan Solidariti Ummah akan diadakan pada 13 September ini bagi
menzahirkan kecaman atas kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk di
Gaza.
Foto
Dari kiri Ketua Sekretrariat
Bulan Kemarahan Ummah, Ahmad Shukry Azizan, Awang Suffian, Wakil
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Azril Hanafi Abdullah
Sharwani, dan Presiden Bermotor Perodua Viva Edham Yusman Kharan
bergambar selepas sidang media.
Himpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman
Palestin itu akan diadakan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan
serta menyasarkan kehadiran seramai 20,000 peserta.

Ketua
Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad Awang Suffian Awang Piut berkata,
selain NGO terbabit, penganjuran himpunan itu turut mendapat kerjasama
beberapa pihak lain seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA); Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
; Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
dan Perodua Viva Club (VIVAC).
Beliau berkata, pada himpunan sama, sebuah tabung dikenali Tabung
Dana Pemulihan dan Pembangunan Semula Gaza akan dilancarkan bagi
mengumpul dana untuk membangunkan semula Gaza memandangkan banyak
kediaman; masjid dan pusat pendidikan musnah akibat serangan tentera
Zionis.

“Kami menyasar untuk mengumpulkan wang tunai RM50
juta bagi mengisi tabung kecemasan ini. Justeru, kami berharap agar
semua pihak terutama badan korporat akan menyumbang dana bagi mengisi
tabung berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Awang
Suffian berkata, pihaknya juga menggalakkan golongan belia termasuk
penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai himpunan itu bagi
menzahirkan keprihatinan kepada masyarakat di Gaza.
“Antara objektif himpunan ini diadakan ialah menyatakan sokongan
tidak berbelah bahagi terhadap pejuang Palestin atas jasa besar mereka
mempertahankan Gaza selain mengecam kekejaman dilakukan tentera Zionis.

“Tujuan lain ialah menyubur dan mengukuhkan cinta masyarakat di negara ini terhadap perjuangan pembebasan Palestin,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran himpunan itu juga adalah
sebahagian daripada aktiviti dan program yang dilaksanakan Aman Palestin
bersama NGO lain menerusi Bulan Kemarahan Ummah.
Sumber : http://www2.hmetro.com.my/articles/Himpun20_000/pilihanraya/Article