Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2119) ARKIB BERITA PPIM – 30/8/2014 UTUSAN – Kerjasama Semua Banteras Pusat Judi Haram
18 Oct 2014

 


KUALA LUMPUR 30 Ogos – Penubuhan pasukan elit bagi memerangi
habis-habisan kegiatan mesin judi haram yang terus aktif tidak
diperlukan sebaliknya aktiviti itu memerlukan kerjasama semua agensi
terlibat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim
Johan
berkata, kegiatan membanteras mesin judi haram tidak diperlukan
seperti penubuhan pasukan elit seperti Pasukan Khas Taktikal dan
Perisikan Narkotik (Sting) yang bertanggungjawab membanteras gejala
dadah.

Menurut Nadzim, pihaknya mengakui kewujudan premis mesin judi haram
ini semakin bertambah, tetapi harus diingat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
mempunyai pelbagai lagi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara.
“Memerangi gejala judi secara habis-habisan memerlukan kerjasama
pihak berkuasa tempatan (PBT), Tenaga Nasional Berhad (TNB), pihak
berkuasa air, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Dengan adanya kerjasama semua agensi di atas bersama PDRM sebenarnya
membantu membanteras kegiatan haram itu. Kaedah ini dilihat lebih
berkesan tetapi perlu dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan,”
katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Awal bulan lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi mengumumkan penubuhan satu pasukan elit yang mempunyai fungsi
seperti Sting tetapi memberi fokus utama kepada aktiviti judi haram.
Skuad itu dilaporkan akan ditubuhkan sebaik sahaja kementerian
berkenaan mencapai persetujuan dengan PDRM dan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) dalam soal pelantikan keanggotaannya.
Penubuhan itu berikutan pendedahan Utusan Malaysia dan reaksi
pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tentang kegiatan judi haram
yang kini pada tahap luar biasa.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia
(PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menyokong jika
kerajaan menubuhkan pasukan khas tersebut.
Katanya, rakyat menaruhkan harapan tinggi agar penubuhan pasukan elit
berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi membanteras gejala
haram itu yang berada pada tahap luar biasa.
“Mereka tertunggu-tunggu bilakah pasukan ini akan beroperasi kerana
belum ada sebarang berita mengenainya meskipun sudah le­bih sebulan
berlalu.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140831/lk_03/Kerjasama-semua-banteras-pusat-judi-haram