Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2208) TVPPIM & HARIAN METRO 4/11/2014 – Botol Mineral Gambar Berhala Ada Logo Halal
04 Nov 2014

Logo patung serta halal meragukan


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas sebuah syarikat pengeluar yang mengeluarkan air mineral dengan logo patung bukan Islam bersama logo halal.
Ia tertera pada botol air berkenaan yang turut mempunyai logo halal sehingga mengelirukan pembeli mengenai statusnya.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima dua aduan baru-baru mengenai produk itu yag mengelirukan kerana lambang patung berkenaan diletak bersebelahan logo halal Malaysia.
“Isunya kenapa ada logo patung dan logo halal. Sebagai pengguna Islam tentunya ia sesuatu yang tidak kena kerana berkaitan akidah umat Islam,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.
Katanya, PPIM meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk keluarkan fatwa dan status yang berkaitan bagi merungkai persoalan khususnya umat Islam di negara ini.