Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2301) UTUSAN MALAYSIA – 31/12/2014 – BATAS Kumpul, Hantar Sendiri RM80,000 Bantuan Banjir
01 Jan 2015

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Pertubuhan bukan kerajaan, Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) Malaysia hari ini melancarkan misi penghantaran bantuan banjir bernilai RM80,000 kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam paling teruk sejak 35 tahun lepas di Kelantan. 

Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd. Assri Ismail, barangan yang terdiri daripada keperluan asas dan makanan ringan tersebut dikumpulkan melalui dana yang disumbangkan oleh para ahli persatuan. 

Jelas beliau, misi yang dinamakan Misi Bantuan Bencana Banjir Smart Team Batas Malaysia berkenaan akan melibatkan 24 buah kenderaan pacuan empat roda dan lima buah lori. – UTUSAN ONLINE 

Sumber : http://www.utusan.com.my/video/batas-kumpul-hantar-sendiri-rm80-000-bantuan-banjir-1.43021