Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2334) AKTIVITI PPIM – 06/01/2015 – Misi Bantuan Mangsa Banjir Di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang
07 Jan 2015

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Yayasan Muamalat Belia (YMB), Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (PRESMA), Ahli Parlimen Setiawangsa, AJK Masjid Abu Ubaidah Taman Sri Rampai Setapak, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd dan Al-Meswak Mukmin telah bersama-sama mengendalikan satu Misi Bantuan Mangsa Banjir ke Dun Pulau Tawar, Jerantut Pahang pada 6 Januari 2015 (Selasa).  
Peserta konvoi telah dilepaskan oleh Ketua Aktivis PPIM YBhg. Dato’ Nazim Johan pada jam 10.15 pagi dari perkarangan Majid Abu Ubaidah Taman Sri Rampai, Setapak. 
Ini merupakan konvoi ke 10 selepas beberapa konvoi ke Kelantan, Perak dan Pahang. Konvoi telah selamat tiba di Dun Pulau Tawar sekitar jam 3 petang dan telah disambut oleh Adun Pulau Tawar sendiri iaitu YB Dato’ Dr. Ahmad Syukri Ismail.
Misi ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi bantuan dan sumbangan barangan keperluan, malah bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan fizikal dan bebanan emosi yang ditanggung oleh semua mangsa banjir tersebut. 
Para sukarelawan telah turut sama membantu membersihkan kawasan Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar yang terjejas teruk akibat banjir. Sewaktu liputan media sebelum pelepasan peserta konvoi, Dato’ Nazim Johan telah mencadangkan kepada pihak yang berkenaan supaya mewujudkan sebuah pusat pemindahan sementara yang berstatus tetap agar setiap kali berlakunya banjir, terdapat sebuah pusat pemindahan yang telah dilengkapi segala kemudahan asas. 
Persedian seperti in akan memudahkan semua mangsa banjir yang terlibat di masa akan datang. Beliau juga turut mencadangkan agar mewujudkan sekumpulan sukarelawan yang berdaftar agar segala bantuan yang disalurkan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan sistematik di masa akan datang, memandangkan banjir adalah salah satu bencana yang berlaku saban tahun. 
Semoga semua mangsa banjir yang terlibat dapat mengharungi segala dugaan ini dengan tabah. Moga bantuan yang disalurkan dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan yang dihadapi mereka.