Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2338) KOSMO – 07/01/2015 – Hebahkan Prosedur Lupus Al-Quran Musnah Akibat Banjir – PPIM
08 Jan 2015

KUALA LUMPUR –
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa agama
menghebahkan kembali prosedur pelupusan naskhah al-Quran dan buku-buku
agama yang rosak akibat banjir.

PPIM berkata, sepanjang misi membantu mangsa banjir baru-baru ini,
sukarelawan persatuan itu menjumpai sejumlah besar naskhah al-Quran yang
musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.

Dalam kenyataan hari ini, PPIM mencadangkan supaya kitab suci umat
Islam dan buku agama yang rosak itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau
surau berhampiran untuk dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh
pihak bertanggungjawab.

“Kami berharap orang ramai dapat mematuhi adab-adab umum dalam
menguruskan al-Quran seperti yang disyariatkan dalam Islam,” kata PPIM. –
Bernama

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_35.htm