Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2359) HARIAN METRO – 13/01/2015 – Kaji Semula Mekanisme Caj Terlindung
13 Jan 2015

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula mekanisme sedia ada bagi membendung caj terlindung yang dikenakan kepada orang ramai.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna yang keliru dengan ‘caj minima’ biarpun tidak menggunakan langsung sesuatu perkhidmatan.
Katanya, isu seperti caj penyambungan perkhidmatan juga perlu dilihat semula kerana ia jelas membebankan pengguna yang semakin hari berdepan kenaikan kos sara hidup.
“Banyak lagi aduan seperti kadar letak kereta yang tidak munasabah, caj kad letak kereta dan caj syarikat telekomunikasi berkaitan data dan lain-lain.
”Justeru, saya minta kerajaan bertindak dan pada masa sama mengajak pengguna untuk bersama-sama PPIM dalam memerangi penipuan seperti ini kerana jika tidak, ia seolah-olah tidak berkesudahan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
NADZIM (dua kanan) pada sidang media.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/23535