Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2394) HARIAN METRO – 4/12/15 – JURURAWAT DAKWA DISKRIMINASI KERANA TUTUP AURAT
05 Dec 2015

Kuala Lumpur: Hanya kerana memakai baju lengan panjang dan tudung ketika menjalankan tugas seorang jururawat dinasihatkan berhenti kerja oleh pihak pengurusan hospital swasta di bandar ini.

Malah, sijil Perakuan Amalan Tahunan(APC) milik Naziah Sauni Samat, 24, yang membolehkan dia bekerja di hospital atau klinik turut digantung menyebabkannya sukar mendapat pekerjaan lain.

“Saya bersama seorang lagi rakan perlu memotong lengan baju supaya lebih pendek malah tindakan memakai stoking tangan turut dilarang kerana dibimbangi boleh menyebabkan tersebarnya kuman melalui sentuhan.

“Saya diberi pelbagai tekanan oleh pihak pengurusan hospital itu iaitu tidak membenarkan saya melakukan sebarang pekerjaan selain turut dimaki hanya kerana mahu menutup aurat,” katanya dalam sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, pagi tadi.