Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2413) RAKYAT NEWS – 12/01/2015 – Tweet Eric Paulsen Bersifat Provokasi Melampau
20 Jan 2015

alt
KUALA LUMPUR 12 Jan – Tweet Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL) Eric Paulsen disifatkan sebagai melampau dan bersifat provokasi terhadap agama Islam dan kedudukannya di dalam Perlembagaan Malaysia.

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) dalam kenyataannya kepada media bersama Concerned Lawyers for Justice (CLJ) berkata, tweet Eric memberikan implikasi negatif yang besar terutama kepada masyarkat Melayu Islam.

“Kami dapati tweet ini merupakan serangan bersiri terbaru oleh beliau (Eric) dan LFL mencabar kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk mencetuskan kesan negatif terhadap masyarakat Melayu Muslim yang merupakan majoriti di dalam negara,” kata Pengarah eksekutif Centhra, Azril Mohd Amin.

Ujarnya, berkali-kali melemparkan tomahan terhadap pentadbiran agama Islam di Malaysia dengan menghemburkan kata-kata hasutan di laman sosial twitter beliau.

“Antara tweet hasutan Eric Paulsen termasuk khutbah Hari Raya Aidil Adha yang menyeru umat Islam berwaspada dengan pemikiran rasional, JAKIM sebagai badan konservatif yang tidak dilantik mencampuri urusan pentadbiran Islam.

“Mufti dan ulama obses dengan hubungan seksual, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerbu pasaraya dan mendakwa barangan yang dijual menghina umat Islam serta memanggil individu tertentu sebagai Taliban,” katanya.

Mengulas dakwaan Eric mengatakan JAKIM bertanggungjawab dalam penyediaan khutbah Jumaat seluruh negara, Azril berkata, JAKIM hanya menyediakan khutbah di empat masjid utama negara termasuk Masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan, Masjid Putra dan Masjid Wilayah.

Jelasnya, khutbah Jumaat bagi masjid-masjid lain disediakan oleh majlis agama setiap negeri.

“Khutbah yang diberikan adalah untuk membentuk masyarakat penyayang, mengelak penyelewengan mewujudkan integriti dan mengekalkan keharmonian dan ketenteraman.

“Kami ingin mendesak Eric Paulsen mendedahkan bukti yang beliau dakwa khutbah menggalakkan ekstrimisme,” tegas beliau lagi.
Sumber : http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/tweet-eric-paulsen-bersifat-provokasi-melampau