Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2420) ABNXCESS – 16/01/2015 – Lebih 5,000 Terpedaya, Rugi RM500 Juta Dalam Pelaburan Emas
20 Jan 2015

Nadzim Johan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 182 syarikat dan perniagaan dalam talian didapati menjalankan perniagaan secara haram dan daripada jumlah itu, 30 peratus daripadanya merupakan perniagaan yang menjalankan aktiviti pelaburan emas.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, setakat ini kira-kira 5,000 pelabur telah terpedaya dalam pelaburan emas dan kerugian dianggarkan melebihi RM500 juta.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, dengan menggunakan modus operandi keuntungan dan bayaran akan dibuat seawal dua minggu, ia berjaya mengaburi ramai pihak termasuk warga desa.
“PPIM mengesahkan ada menerima beberapa aduan mengenai penipuan dalam pelaburan emas. Kami sedang bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, bagi memastikan perkara ini tidak berlanjutan.
“Memang ini satu benda yang amat-amat dasyat. Dalam perbincangan kita dengan Bank Negara semalam, kita perlu terus kepada masyarakat untuk memberi maklumat,” katanya.
Beliau memaklumkan, penganjur skim berkenaan menggunakan pelbagai cara bagi menarik minat ramai mangsa.
“Ada skim tu awak tak perlu bagi duit, hanya bagi barang kemas sahaja.
“Malah mereka juga pergi ke kampung-kampung di mana orang kampung sampai sanggup gadai tanah. Jadi saya rasa perkara ini cukup menggusarkan,” katanya.
Justeru, Nadzim meminta agar orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum terjebak dalam penipuan pelaburan emas yang semakin menjadi trend ketika ini.
Sumber : http://news.abnxcess.com/bm/2015/01/lebih-5000-terpedaya-rugi-rm500-juta-dalam-pelaburan-emas/