Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2483) UTUSAN MALAYSIA – 14/1/16 – PINJAM DENGAN 38 AH LONG
14 Jan 2016

WANITA KETAKUTAN TIDAK MAMPU BAYAR HUTANG “RM300,000”
Bermula dengan pinjaman secara berperingkat sebanyak RM100,000 dengan 38 ah long, seorang wanita kini buntu memikirkan jalan untuk menyelesaikan keseluruhan hutangnya yang mencecah RM300,000 selepas dicampur dengan faedah.
Malah kehidupannya tidak keruan dan dalam ketakutan selepas diburu oleh konco-konco ah long yang kini bertindak agresif dalam usaha mengutip hutang yang dipinjam oleh wanita berusia 33 tahun itu.
Diana (bukan nama sebenar) ketika ditemui berkata, asalnya dia mahu menubuhkan satu syarikat perkongsian dengan seorang rakannya namun dia terpaksa melakukan secara bersendirian selepas menghadapi masalah.
“Bermula dari situlah saya memohon pinjaman bank, namun atas sebab tertentu permohonan saya ditolak satu persatu dan meminjam daripada ah long adalah cara terakhir saya untuk mendapatkan wang,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Menurut Diana, pada awalnya dia berjaya menyelesaikan pinjamannya sebanyak RM15,000 sebelum ditawarkan lagi dengan pinjaman sebanyak RM20,000 sebelum ditolak sebanyak 20 peratus mengikut masa yang ditetapkan tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun selepas dia meminjam RM40,000, Diana menyedari dia dalam keadaan tersepit dan dihubungi oleh ah long kerana wang pulangannya dalam perniagaannya tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang.
“Bagi melangsaikan hutang, saya telah meminjam dengan 37 ah long lain malah saya mula terjerat dengan jumlah hutang saya kini sudah mencecah RM300,000 termasuk faedah yang dikenakan.
“Saya juga hidup dalam ketakutan kerana diburu ah long sejak bulan Oktober tahun lalu malah rumah saya telah disimbah dengan cat merah sebanyak dua kali selain menerima panggilan berbaur ugutan,” katanya yang kini sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah­nya itu.