Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2539) KOSMO – 02/04/2015 – PM Turun Padang Tinjau Operasi GST
03 Apr 2015

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melakukan tinjauan harga barangan di pasar raya Giant Kota Damansara di sini pada hari pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Berbaju kemeja putih, Najib tiba di premis berkenaan pada pukul 4.45 petang dan mengujakan orang ramai yang terkejut dengan kehadirannya.
Najib kemudian mengambil bakul di pasar raya berkenaan dan singgah di bahagian produkpenjagaan diri serta membelek harga produk-produk di bahagian berkenaan sebelum mengambil ubat gigi.
Beliau turut ke bahagian menjual minuman, makanan dan sayur-sayuran sebelum membuat pembelian antaranya, Milo, roti dan nanas.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm