Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2681) SINAR HARIAN – 15/06/15 – Tabung Kanak-Kanak Jalinan Budi di Tesco
15 Jun 2015

PASAR raya terkemuka negara, Tesco mengumumkan kolaborasi bersama Universiti Malaya (UM), Yayasan Penyayang dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta bagi membantu kesihatan dan perkembangan sosio-ekonomi kanak-kanak kurang bernasib baik setempat, seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.  

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Datuk Georg Fischer berkata, Tesco Malaysia akan meneruskan misi ini memandangkan diberi kepercayaan serta sokongan padu.

“Lebih-lebih lagi, pelanggan kami meletakkan harapan tinggi kepada peruncit terkemuka seperti kami memberi semula kepada komuniti di mana kami beroperasi,” katanya.

Jelasnya setelah lebih sedekad, Tesco Malaysia telah mengetuai pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat, menyentuh kehidupan ramai kanak-kanak di seluruh Malaysia.

“Hari ini, kami memanjangkan pengalaman dan kepakaran rakan amal kami untuk membantu kanak-kanak di Malaysia dan negara-negara di mana bantuan amat-amat diperlukan,” katanya.

Sebagai permulaan, Tesco komited menyumbang dana awal RM500,000, di mana bakinya akan diraih melalui pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang tahun seperti lelongan lukisan, acara tahunan Tesco Walk for Life dan melalui tabung yang disediakan di kaunter pembayaran Tesco seluruh Malaysia.

Tabung ini ditubuhkan di bawah tema Komuniti, Rawatan Kanser dan Bantuan Kemanusiaan.

Pelancaran Tabung ini telah dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/tabung-kanak-kanak-jalinan-budi-di-tesco-1.401080