Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2796) PENNGUNA USAH PERCAYA TAWARAN HADIAH RM250,000 DARIPADA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI – HARIAN METRO – 2/6/16
03 Jun 2016


AWAS ! kepada pengguna yang menerima e-mel daripada seseorang mendakwa mereka memenangi hadiah lumayan wang tunai bernilai RM250,000 daripada syarikat telekomunikasi yang juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Aduan mengenai penipuan ini adalah antara yang tertinggi diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak dua minggu lalu dengan e-mel sama di hantar kepada beberapa individu menyatakan mereka terpilih memenangi hadiah loteri daripada GLC. 
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata hasil semakan pihaknya mendapati tidak wujud cabutan hadiah berkenaan seperti dinyatakan di dalam e-emel pengadu malah wujud beberapa kekeliruan mengenai apa yang disebut sebagai hadiah bonus berkenaa.