Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
30,000 PENGGUNA JADI MANGSA PENIPUAN DI MUDAH.MY – PORTAL ISLAM & MELAYU – 12/07/2017
12 Jul 2017

Portal islam 30 000 pengguna jadi mangsa penipuan di Mudah.my   Portal Islam dan MelayuPortal Islam dan Melayu

KUALA LUMPUR, 18 Syawal 1438H, Rabu – Kira-kira 30,000 aduan berhubung penipuan di portal jualan atas talian terkenal iaitu Mudah.my diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, menerusi portal itu, pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya boleh mempamerkan iklan sesuatu produk tanpa perlu menyertakan nombor pendaftaran syarikat atau sebagainya.

Katanya, keadaan itu semakin membimbangkan serta memerlukan tindakan segera daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Pengendali portal itu sepatutnya meminta individu atau syarikat untuk mengemukakan nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi melindungi hak pengguna.

“Sekarang ini, dengan hanya mendaftar satu akaun e-mel baharu, sesiapa sahaja boleh menjual produk atas talian dan ini menggalakkan penipuan.

“SKMM boleh membuat satu kaedah penjual berdaftar menggunakan kad pengenalan atau sijil SSM. Mesti ada kaedah, bukan susah pun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin memaklumkan, kes penipuan jualan kereta terpakai dan sambung bayar hutang kenderaan turut mencatat peningkatan setiap tahun.

Kes sambung bayar, katanya, tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah menyalahi undang-undang serta perjanjian yang dibuat antara pembeli dan penjual juga tidak sah melalui kontrak tersebut.

“Kes sambung bayar sebenarnya tidak sah mengikut undang-undang. Ramai pengguna tidak tahu dan tertipu bila tengok harga murah yang ditawarkan dan selalu mereka bayar deposit tanpa tengok kereta yang hendak dibeli,” katanya.

Mengulas lanjut, Kah Jin berkata, kebanyakan kes penipuan di portal jualan dalam talian menyaksikan transaksi dibuat di luar dan bukannya di kedai.

“Ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang menghasilkan iklan menggunakan gambar dari syarikat lain, kemudiannya mengambil deposit daripada pembeli.

“Mereka menggunakan pelbagai taktik dan bayangkan jika seorang ditipu sekurang-kurangnya RM5,000 setiap transaksi, berapa banyak wang yang telah diterima oleh pihak tidak bertanggungjawab itu,” tegasnya.

http://www.ismaweb.net/2017/07/30000-pengguna-jadi-mangsa-penipuan-di-mudah/