Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
393) PENDAPAT PILIHAN : Namakan gereja, Gereja
01 Sep 2011

 From:  <n????mat@hotmail.com>
Date: 2011/8/12
Subject: Namakan gereja, Gereja
To: muslimconsumers@gmail.com
Boleh ke PPIM buat sesuatu.. desak pihak berkuasa
berkenaan,. JAKIM, JAIS , PBT..
NAMAKAN GEREJA, GEREJA.
Lanjutan apa yg berlaku di Selangor baru-baru ini, saya
ingin mencadangkan bahawa semua tempat ibadah Kristian yang diketahui selama
ini sebagai gereja, dinamakan dengan jelas sebagai “gereja” bersama
ada simbol “salib” dan tidak menggunakan nama lain yang nampak sekali
pandang bukan gereja.
Cadangan ini adalah bertujuan supaya orang ramai, pihak
berkuasa, PBT dan orang kristian sendiri tahu akan kegunaan spesifik bangunan/
tempat berkenaan dan boleh mengelak disalah guna, atau kesempatan pihak-pihak
tertentu menyalahgunakannya. Jadi kedua umat Islam dan umat Kristian tahu akan
batasan masing-masing. Sekurang-sekurangnya orang Islam “biasa” segan
juga masuk. Lainlah jika orang Islam yang pergi itu jelas pemergiannya ke
sebuah gereja , seperti pimpinan masyarakat, wakil rakyat, menteri besar, staf
kerajaan, pekerja/tukang bangunan. Dan pihak gereja juga “segan” buat
sesuatu yang ada tujuan berselindung, jika ada niat begitu. Dengan itu, mungkin
insiden di Damansara Utama itu tidak berlaku.
Balik pada tajuk, contoh kes, perhatikan pada papan tanda
bangunan mereka hanya ditulis.. “DUMC”(ditulis kecil dgn berkait
dengan logo),”Dream Centre” (ditulis dengan paling besar), diikuti
dengan slogan “Where dreams come alive”. Sekali pandang, gereja ke? ye
macam bukan gereja.Jadi tempat tu adalah Dream Centre yang luas madsudnya.
Sengaja dibuat vague begitu atau tidak sengaja hanya mereka dan Allah yang
tahu. Tapi kita boleh ukur-ukur jugalah.”Damansara Utama Methodist
Church” di tulis dengan “DUMC” sahaja.
Dalam satu hal berkaitan ada satu bangunan di Tmn Samudra
Gombak, difahamkan semasa permohonan pelan bangunan dengan PBT, disebut sebagai
pusat latihan. Semasa pembinaan, papan tanda projek di tulis ‘pusat latihan’
juga, tapi dilapurkan ada perasmian pecah tanah oleh paderi, maka tersebarlah
cerita spekulasi.( Tapi kalau kita cuba rasional, biasalah tu, semua agama
macam tu..macam ada orang Islam juga, bila buat rumah, buat bangunan, hatta
terima kapal terbang, kenderaan baru pun dipanggil orang alim utk
merasmikannya.) Bila bangunan siap, maka ada ditulis “gereja” di
pintu utamanya. Difahakan kegunaan gereja menggantikan gereja di Wangsa
Melawati yang di bakar sekumpulan pemuda ( yang telah pun ditangkap, di charge
dan mahkamah telah menghukum dengan masuk jel).Gereja itu pun sudah di beri PM
ratusan ribu untuk membaiki semula gereja tu.
Balik pada bangunan di Taman Samudra tadi, bila ia diguna
sebagai gereja, ada bantahan dari penduduk tempatan kerana dikawasan itu
majoriti besar penduduk sekeliling adalah orang Islam. Tapi diatas nama
“sementara” ia difahamkan diizinkan diguna sebagai gereja. Satu, tapi
lagi, pada masa sama sign “gereja” di pintu utama telah dibuang…
mungkin PBT tak izin sebab pelan bangunan dilulus sebagai Pusat latihan.
Implikasi apa samada ada ditulis ‘gereja’ atau sebagai pusat latihan anda
taksirlah sendiri.
Berkait dengan insiden DUMC dan untuk mengelak apa
kontroversi yang telah berlaku, maka pihak berkuasa, PBT, pejabat agama ke,
JAKIM ke, JAIS ke, dengan kerjasama pihak gereja juga, perlu lah membuat
sesuatu pada nama, kelulusan apa-apa dan mana bangunan yang diguna sebagai
‘gereja’ dinegara ini.
Sebagai tambahan dalam konteks rumah ibadah di Malaysia ini,
kalau kuil kita tahu kuil, kalu tokong kita tahu itu tokong, kalau masjid/surau
kita tahu ia masjid/surau.
Jadi kita minta lah perhatian mereka yang ada kuasa timbang
cadangan ini sebagai salah satu cara mengelak insiden di Damansara Utama itu
berlaku. Sekian.