Himpunan aman itu turut disertai kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan parti politik.

Timbalan Pengerusi Ummah, Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut merupakan isyarat jelas kepada kerajaan untuk tidak mengambil ringan tentang isu penghinaan agama dan kebencian kaum.

“Penghinaan terhadap agama Islam dan bangsa sedang berlaku dengan rancak dan perkara ini seperti yang dirancang kerana seolah-olah mendapat perlindungan.

“Jadi himpunan hari ini sebagai isyarat kepada pihak berkuasa kerajaan termasuk polis, mahkamah dan peguam negara untuk tidak berlembut dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap agama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam himpunan tersebut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr . Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. – UTUSAN ONLINE