Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
611) BERITA : Cari formula sekat kes curi kredit telefon
27 Aug 2012

Headline: Cari formula sekat kes curi kredit telefon
Publication: HM
Date of publication: Aug 27, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 002
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secepat mungkin mencari formula menyelesaikan penyebaran SMS berbaur lucah dan permainan untuk tujuan menipu pengguna.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, persatuan itu menerima banyak aduan daripada pengguna yang kerugian ribuan ringgit walaupun mereka tidak melanggan perkhidmatan terbabit.
Terbaru, seorang pengguna kerugian hampir RM3,000 walaupun dia tidak melanggan sebarang aplikasi terbabit.
“Saya sendiri ada menerima SMS terbabit dan ini jelas menunjukkan kegiatan ini masih berjalan. Pengguna terpaksa menanggung kerugian selepas kredit mereka dipotong dengan sesuka hati selepas menerima mesej terbabit.
“Bukan sekali malahan mereka menerima mesej itu berulang kali dan tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya. SKMM perlu jelaskan kepada pengguna cara untuk mengelak menjadi mangsa,” katanya.
Sumber: Harian Metro