Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
771) BERITA MALAYSIAN INSIDER 11 JUN 2013-Adik Najib dikecam NGO Islam kerana menyokong CEO AirAsia X
12 Jun 2013

OLEH MD IZWAN
JUNE 11, 2013
KUALA LUMPUR, 11 Jun
— Pertubuhan bukan kerajaan Gabungan NGO Islam hari ini menyelar adik perdana
menteri, Datuk Seri Nazir Razak ekoran sokongannya terhadap Ketua Pegawai
Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani yang baru-baru ini dikritik akhbar milik
Umno Utusan Malaysia dan kumpulan Melayu berhaluan kanan ekoran kenyataannya di
laman Twitter.
Semalam, Nazir yang
juga merupakan Eksekutif CIMB Bank Berhad memuji Azran dengan melabelnya
sebagai “tanda sebagai pemimpin” kerana berani menyatakan
pendiriannya walaupun tidak disukai ramai orang.
“Nazir dan
Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa
‘Seperti kacang lupakan kulit’.
“Justeru kami
ingin sarankan agar Nazir dan Azran bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama
suka demi menguatkan lagi sikap anti Melayu mereka,” kata Dzulkarnain Taib
dalam satu kenyataan media mewakili gabungan pertubuhan tersebut.
Presiden Wartawan
Muda Malaysia itu membidas Nazir (gambar) kerana tidak mementingkan sensitiviti
kaum Melayu sendiri, disamping mendakwa adik kepada Datuk Seri Najib Razak
tersebut tidak pernah memahami rasa susah payah kerana dibesarkan dalam
keluarga bangsawan.
“Tidak ramai
orang Melayu bernasib baik seperti Nazir yang dilahirkan di dalam keluarga
bangsawan.
“Kami sangat
kesal dengan kenyataan Nazir kerana walaupun menerajui sebuah konglomerat bank
yang terkemuka di rantau ASEAN, malangnya beliau terperangkap dalam kerangka
pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa
Melayunya sendiri,” katanya lagi.
Semalam The
Malaysian Insider melaporkan Nazir yang merupakan pembiaya utama AirAsia X
memuji Azran kerana meluahkan isi hatinya dengan mempercayai ia adalah perkara
yang benar.
“Itulah tanda
seorang pemimpin,” kata Nazir semalam semasa pelancaran prospektus AirAsia
X.
Adik bongsu kepada
Najib itu menambah disebabkan kualiti seperti itu pasukan syarikat penerbangan
berkenaan telah menunjukkan 70 peratus peningkatan tahunan keuntungan sejak
dilancarkan pada November 2007.
Azran dikritik bulan
lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan
melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.
Beliau turut
dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas
kenyataan kerasnya itu.
Sebagai balasan,
akhbar berkenaan menyiarkan pandangan pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna
Islam Malaysia dan aktivis pro Umno menyelar Azran dan menggelarnya
“sombong” dan Melayu yang lupa daratan.
Pengerusi AirAsia X
Tan Sri Rafizah Aziz dan pengarahnya, Datuk Seri Kalimullah Hassan juga turut
diserang daripada pelbagai kumpulan selepas kedua-duanya mempertahankan
kenyataan Azran.
Perkasa, Persatuan
Veteran Penjawat Awam, Gerakan Reformis Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia
antara kumpulan yang menyerang Rafidah dan Kalimullah dan menuntut mereka
meminta maaf terhadap kenyataannya terhadap Utusan.
Pemangku Presiden
Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong akhbar berkenaan dan berkata
Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa “perjuangan Melayu yang
dilakukan Utusan Malaysia.”
Kolumnis Utusan,
Awang Selamat menggesa Utusan supaya tidak lagi menerima iklan daripada
syarikat penerbangan terbabit sehingga permohonan maaf dikeluarkan.

Awang turut
membandingkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mengatakan syarikat
penerbangan nasional itu mempunyai servis yang lebih baik dan lebih bersifat
nasionalisme.