Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
775) UTUSAN MALAYSIA 14 JUN 2013-‘Tambang naik 30% terlalu tinggi’
14 Jun 2013

KUALA LUMPUR 13 Jun
– Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diminta tidak sewenang-wenangnya
meluluskan permintaan pengusaha bas ekspres yang mahu menaikkan tambang
sebanyak 30 peratus pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.
Presiden Lembaga
Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin
Awang Yahya berkata, kenaikan itu terlalu tinggi berbanding perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pengguna.
”Kenaikan 30
peratus tidak wajar. Walaupun harga tambang naik, perkhidmatan masih juga
kurang memuaskan seperti berlepas tidak ikut jadual, memandu secara berbahaya,
penggunaan bas tidak selesa dan sebagainya.
”Kita faham dengan
peningkatan kos operasi tetapi hak pengguna juga perlu difikirkan. Kalau harga
naik dalam 10 ke 15 peratus mungkin boleh dipertimbangkan,” katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau mengulas
tindakan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) mahu menaikkan
tambang sebanyak 30 peratus dan memilih untuk tidak menjual tiket lebih awal
pada Julai dan Ogos sehingga SPAD menuruti tuntutan mereka.
Antara alasan yang
dikemukakan adalah peningkatan kos keseluruhan sebanyak 36 peratus sejak
kenaikan terakhir dan pelaksanaan gaji minimum pada tahun ini yang memberi
kesukaran kepada syarikat bas untuk beroperasi.
Dalam pada itu,
sebagai reaksi kepada permintaan tersebut, SPAD tidak menolak kemungkinan harga
tiket dinaikkan tetapi kadar kenaikannya masih dalam peringkat kajian.
Pengerusinya, Tan
Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, keputusan mengenainya akan dibuat
sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Kita akan
kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang,” kata Syed Hamid kepada
pemberita selepas merasmikan Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia
2013 di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.
Sementara itu,
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor
Osman berkata, SPAD perlu melantik badan profesional bebas yang mempunyai
kepakaran dalam pengangkutan awam darat bagi mencari keadilan ke atas
permintaan tersebut.
Katanya, tindakan
itu perlu bagi memastikan pengguna tidak rasa terbeban dan pengusaha bas
ekspres pula tidak mengalami kerugian.
”Mereka mungkin
boleh meneliti perkhidmatan bas jarak jauh di luar negara. Di Turki misalnya,
bas akan berhenti selepas dua atau tiga jam perjalanan untuk diselenggara.
Selain mempunyai insurans, pemandunya juga berdisiplin dan ada pemandu kedua.
”Jadi pengguna
mesti faham dan terima hakikat, kalau mahukan perkhidmatan yang baik, perlulah
membayar lebih,” katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130614/dn_17/’Tambang–naik-30-terlalu-tinggi’#ixzz2WAUcM800

© Utusan Melayu (M)
Bhd