Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
784) BERITA HARIAN METRO 21/6/13-`Pekerja landskap’ tipu pesara RM2,000
21 Jun 2013

Kuala Lumpur: Waspada dengan kehadiran
lelaki yang menyamar sebagai pekerja landskap dan pemotong rumput di sekitar
Subang Jaya yang dikesan mencari mereka yang sedang mengubah suai rumah untuk
mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
Terbaru, seorang pesara kerajaan
kerugian RM2,000 selepas menyerahkan wang kepada lelaki terbabit untuk
mendapatkan perkhidmatan itu sebelum memperdaya mangsa yang percaya dengan
janjinya untuk memotong rumput serta melakukan kerja pembersihan di rumahnya di
USJ 8.
Mangsa berusia 60-an itu berkata,
kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari baru-baru ini ketika dia sedang
sibuk mengemas barang di rumahnya yang sedang dalam proses pengubahsuaian.
Katanya, kali pertama dia didatangi
lelaki itu yang menawarkan khidmat memotong rumput dan hiasan lain bulan lalu,
namun tidak menerima tawaran berkenaan kerana rumah belum siap sepenuhnya.
Namun dia datang semula minggu lalu dan
memujuk saya menerima tawaran itu. Saya bersetuju, namun tidak mempunyai tunai
ketika itu.
Disebabkan dia mendesak kononnya ingin
menggunakan wang modal, saya kemudian bersama lelaki itu ke stesen minyak
berhampiran untuk mengeluarkan wang sebelum menyerahkan kepadanya, katanya
kepada Harian Metro semalam.
Sebaik wang diserahkan, katanya, dia
meminta resit sebagai bukti bayaran namun gagal disediakan lelaki itu
menyebabkan saya meminta dia menurunkan tandatangan di atas sekeping kertas
selain memberi nombor telefon dan nombor kad pengenalan.
Berselang seminggu, dia beberapa kali
menghubungi lelaki berkenaan namun tidak berjawab menyebabkan dia mula
mengesyaki berlaku penipuan sebelum membuat laporan di Balai polis Subang Jaya
berhubung kejadian itu.
Saya juga membuat aduan kepada Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan kerana
tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain, katanya.

Sementara itu Nadzim menerima aduan
berkenaan dan menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila dikunjungi orang
tidak dikenali yang menawarkan apa juga bentuk perkhidmatan.