Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
786) BERITA UTUSAN MALAYSIA 22 JUN 2013-Tubuh Suruhanjaya Diraja
22 Jun 2013

NADZIM Johan (tengah) menjawab soalan media sambil ditemani Dzulkarnain Taib (kiri) dan Kelana Putra Muhamad dalam sidang akhbar khas menentang Red Bean Army di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Jun
– Gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa sebuah Suruhanjaya
Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kewujudan tentera siber ‘Red Bean Army’ dan
kesan buruknya yang memecah belah perpaduan rakyat.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perkara
itu perlu dilakukan kerajaan bagi mencari kebenaran dan mengelakkan masyarakat
daripada terus terperangkap dalam fitnah dunia siber.
Menurut beliau,
pihaknya juga berhasrat menghantar memorandum mengenai gesaan penubuhan
suruhanjaya itu kepada Menteri Dalam Negeri pada sesi sidang Parlimen akan
datang.
“Masyarakat
mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan oleh pihak yang ada kepentingan
tertentu, malah kita juga mendapat maklumat gerakan itu mempunyai kaitan dengan
sayap-sayap tertentu seperti komunis.
“Kita berharap
kerajaan dapat segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat perkara ini
dan merungkaikan kebenaran, jika terbukti benar wujud, tindakan tegas perlu
diambil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir Presiden
Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib; Pengarah Strategik
Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa Malaysia), Kelana Putra Muhamad dan
aktivis belia Pewangsa Malaysia, Amir Ashraf Hamzah.
Menurut Nadzim,
pihaknya mendapat maklumat tentang kegiatan Red Bean Army yang dikesan bermula
sekitar 2007 dan gerakan bagi menghakis hubungan erat antara kaum di negara ini
telah dilakukan dengan begitu tersusun serta strategik.
“Jika sesuatu
isu dibangkitkan mengikut sudut kaum, keadaan kacau bilau akan wujud, kita
tidak mahu negara ini jadi medan kacau bilau, soal perpaduan, keamanan dan
keselamatan tidak boleh diperjudikan.
“Penubuhan
suruhanjaya itu adalah keperluan mendesak yang amat serius, kita perlu
mengetahui siapa petualang dan bagaimana mereka mendapat wang serta modus
operandi yang digunakan dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter,”
katanya.
Sementara itu,
menurut Dzulkarnain, pihaknya tidak mahu terburu-buru menuduh pembabitan DAP
dalam Red Bean Army dan berharap penubuhan Suruhanjaya Diraja dapat
merungkaikan kebenaran mengenai kewujudan tentera siber itu.
“Bahaya Red
Bean Army ialah memecahbelahkan perpaduan kaum dan kita lihat kesannya apabila
banyak institusi telah diserang dan dihina hingga melibatkan Yang di-Pertuan
Agong, Raja Permaisuri Agong, Mara dan Universiti Teknologi Mara (UiTM),”
katanya.
Menurutnya, bahaya
yang dibawa oleh Red Bean Army ialah gerakan itu membangkitkan isu dalam media
sosial mengikut sudut pandangan kaum yang boleh membawa elemen subversif dan
melampau.
“Kita lihat Red
Bean Army ada peranannya dalam menjadikan kematian Teoh Beng Hock sebagai isu
kaum Cina dan polis juga didakwa membunuh kaum India dalam lokap,” katanya.
Katanya, ekoran
kejadian itu pihak berkenaan mendesak kerajaan mengadakan inkues tetapi perkara
tersebut tidak berlaku dalam kes melibatkan orang Melayu seperti runtuhan
Jambatan Kedua Pulau Pinang dan kematian seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).

Tambahnya, beliau
juga melihat tentera siber tersebut mempunyai peranan untuk menghasut penyokong
parti pembangkang bagi melakukan demonstrasi jalanan yang menganggu-gugat
keamanan serta keselamatan negara.