Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
807) BERITA HARIAN METRO 5/7/13 : Gesa teliti peraturan syarat ambil pekerja
10 Jul 2013

Kuala Lumpur:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan memperincikan secara
jelas peraturan sedia ada berhubung syarat dikenakan oleh majikan untuk menerima
seseorang pekerja di tempat mereka bagi mengelak sebarang kekeliruan.
Hal itu berikutan
dalam tempoh 48 jam lalu, PPIM menerima e-mel daripada orang ramai mengenai
lebih 20 premis kedai gambar yang disimbah cat merah selain tertera nota ugutan
berbaur perkauman dipercayai susulan tindakan pihak pengurusan syarikat
berkenaan mengenakan syarat seolah-olah melakukan diskriminasi agama.
Ketua Aktivis PPIM
Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan itu jelas menunjukkan terdapat sentimen
perkauman kerana terdapat nota menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan
pihak pengurusan syarikat itu menetapkan individu yang memohon pekerjaan perlu
membuka tudung dan memakai skirt.
“Kita mahu isu
seperti ini dihentikan segera dengan cara orang ramai dimaklumkan mengenai garis
panduan sedia ada kerana jika tidak boleh menimbulkan suasana tegang hingga
menggoncang keharmonian negara.

“Tindakan tegas
perlu diambil jika didapati mana-mana pihak melakukan kesalahan, apatah lagi
jika ia sudah termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang usaha mendiskriminasi
bangsa dan agama perlu dielakkan,” katanya