Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
810) BERITA UTUSAN MALAYSIA 7/7/13 Pinjaman rumah: NGO minta kaji semula
10 Jul 2013

KUALA LUMPUR 6 Julai
– Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan tempoh pinjaman peribadi
maksimum dihadkan selama 10 tahun dilihat mampu mengekang hutang isi rumah
ketika ini berada pada paras 83 peratus daripada keluaran dalam negara kasar
(KDNK).
Bagaimanapun,
beberapa persatuan pengguna melihat langkah BNM menetapkan tempoh pembelian
rumah dihadkan selama 35 tahun perlu dikaji semula.
Yang Dipertua
Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi
(gambar) berkata, sebuah mekanisme lain perlu diwujudkan badan tersebut
memandangkan harga hartanah di negara ini kian meningkat.
“Kita menyokong
langkah BNM berhubung tempoh pinjaman peribadi ingin melihat tempoh tersebut
disingkatkan lagi selain menghalang peminjam melakukan pinjaman kedua ketika
pinjaman pertama belum dilangsaikan.
“Tetapi tempoh
pembelian rumah perlu dikaji kerana tempoh 45 tahun sebelum ini sudah relevan
berbanding 35 tahun, ramai daripada pembeli terdiri daripada golongan
pertengahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Gabenor Bank Negara
Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz semalam berkata, selain memendekkan had
tempoh pinjaman peribadi dan pembelian aset, larangan turut dikenakan bagi
menawarkan produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu.
Sebelum ini, had
tempoh pinjaman peribadi ialah 25 tahun manakala pinjaman pembelian rumah ialah
45 tahun.
Dalam pada itu,
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan
berkata, BNM perlu melihat realiti bahawa sebahagian besar rakyat memerlukan
masa untuk melangsaikan bayaran mereka.
Jelasnya, melalui
tempoh pinjaman yang panjang, barulah orang ramai dapat mengimbangi kemampuan
mereka terutama dalam mendepani kos hidup yang tinggi pada masa ini.
“Sekiranya BNM
melihat langkah ini sebagai satu pendekatan proaktif, kita menyokongnya tetapi
sekira ia memberi langkah kepada orang ramai, ada baiknya penetapan ini dikaji
semula,” katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130707/wk_01/Pinjaman-rumah:-NGO-minta-kaji-semula#ixzz2Yd793yOX © Utusan Melayu (M) Bhd