Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
817) ARTIKEL UTUSAN MALAYSIA 10/7/13-Kajian sahkan Melayu bukan pendatang
12 Jul 2013

KUALA LUMPUR 9 Julai
– Kajian ilmiah oleh seorang penyelidik mengesahkan bahawa orang Melayu adalah
kaum asal di rantau Nusantara ini dan bukannya golongan pendatang seperti yang
didakwa oleh sesetengah pihak.
Penulis dan penyelidik
sejarah, Zaharah Sulaiman yang bakal menerbitkan hasil kajiannya tidak lama
lagi berkata, bukti menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati
masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia
Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu
hari ini.
“Pengesahan ini
jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across
Boundaries yang diterbitkan oleh National University of Singapore (NUS) yang
menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China
dan India,” katanya.
Beliau berkata
demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal
Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di sini, semalam.
Buku susunan Profesor
Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004
mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah
campuran daripada kaum-kaum lain.
Ekoran itu, buku
berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf
bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua
kaum itu.
Zaharah berkata,
kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati
masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang
berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.
“Kumpulan yang
telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden
hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.
“Kajian juga
mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga
mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang
Melayu,” katanya.
“Saya harap
kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka
tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud
‘orang gunung’,” katanya.
Tambahnya, faktor
letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami menyebabkan Benua
Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa,
Filipina dan Borneo.
“Selat Melaka
sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai yang terdapat di
Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para pengkaji kenapa selat ini
sangat cetek,” ujarnya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130710/dn_05/Kajian-sahkan-Melayu-bukan-pendatang#ixzz2Ynmc5AD9 © Utusan Melayu (M)
Bhd